Naib Johan Bowling S.A.Z 2013Star Parade, Kedah Darul Aman
Dari kiri Rabia,Lyany,Halim,Roslan,Azman,Azril,Asiah,Azlinda dan Jumlli |
28 Jun 2013 - Star Parade, Kedah.
Bertempat di Star Parade , Kedah Darul Aman telah berlangsungnya pertandingan boling Sukan Antara Zon 2013.
Ramai jaguh atlit-atlit boling yang mewakili zon masing-masing telah turun mempamerkan kehebatan skill individu masing-masing pada malam berlangsungnya pertandingan tersebut yang bermula pada jam 9.00malam dan berakhir sekitar jam 11.30malam dan sebelum itu, pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Hj. Abdul Rahman Bin Hasan, Ketua Perangkawan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia yang telahpun menyempurnakan balingan pembukaan bola boling dan seterusnya menandakan bahawa pertandingan telahpun bermula.
Pemain Pasukan Boling Statistik SAZ 2013 (seperti di dalam gambar) yang mewakili zon Ibupejabat Putrajaya yang ada diantaranya pemainnya adalah muka baru telah berjaya meraih naib johan pada malam pertandingan tersebut walaupun pemainnya seperti Halim,Roslan,Azman dan Azril adalah pertama kali menyertai pasukan boling di dalam pertandingan Sukan Antara Zon 2013 Jabatan Perangkaan Malaysia.
Juga tidak dilupakan pemain di dalam kategori VIP iaitu Encik Hj. Kamarudin Bin Muhamed dan Puan Rozita Binti Talha yang juga telah berjuang sebaik mungkin untuk menyaingi pasukan-pasukan dari zon lain. Antara kategori yang dipertandingkan adalah bermula dari kategori lelaki individu yang diwakili oleh Azril, wanita individu diwakili oleh Lyany, berpasukan lelaki dan wanita diwakili oleh Halim,Azman,Rabia dan Azlinda, serta kategori veteran lelaki dan wanita diwakili oleh Roslan dan Asiah. Tidak dilupakan juga adalah saudara Jumlli yang telah bertungkus lumus memberi sorakan dan kata-kata semangat kepada para pemain.
Walaupun telah menunjukkan semangat juang yang tinggi namun pasukan boling zon Ibupejabat ini terpaksa akur kepada kehebatan pemain-pemain dari zon utara dimana sekaligus menobatkan mereka sebagai johan pada malam pertandingan tersebut. Syabas diucapkan kepada pasukan boling zon Ibupejabat meskipun hanya berjaya meraih naib johan keseluruhan pertandingan tersebut.
SEKALI LAGI....JUARA!!!!
Kita jumpa di temasya Sukan Antara Zon 2015 di Pahang Darul Makmur....